Nama | : Puan Salbiza Mohd Ghani |
Umur | : 37 |
Ahli | : 2016 |
Latar Balakang
Puan Salbiza mengambil tempahan nasi kerabu dan juga laksam dari rakan – rakan terdekat dan penduduk sekampung. Selain itu, beliau ada menyediakan untuk tempahan jamuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya mengambil tempahan disekitar perumahan dan rakan terdekat sahaja yang telah mengenali beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah mempelajari ilmu ict bersama petugas pusat internet beliau telah mula memperluaskan lagi perniagaan beliau melalui facebook,aplikasi di whatsapp dan juga group di facebook.Beliau juga mempelajari cara bagaimana mengedit gambar menggunakan canva agar gambar promosi beliau keihatan kemas dan cantik.