mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI E SUKAN KELAS KESEDARAN SAINS SUKAN DALAM E SUKAN EPISOD 2

Tarikh: 21 JUN 2025
Masa: 02.00 petang hingga 03.00 petang
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 6 orang

Tujuan Program:

  1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan sains sukan dalam meningkatkan prestasi pemain e-sukan.
  2. Menyemai kesedaran terhadap penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan pemain e-sukan.
  3. Menjelaskan aplikasi asas fisiologi, psikologi dan pemakanan sukan dalam dunia e-sukan.
  4. Meningkatkan kefahaman tentang teknik latihan dan rehat yang sesuai untuk pemain e-sukan.
  5. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti e-sukan.

Aktiviti Program:

  • Sesi video pembelajaran interaktif mengenai asas sains sukan dalam e-sukan.
  • Perkongsian pengalaman oleh pemain e-sukan profesional mengenai kepentingan kesihatan dan latihan.
  • Aktiviti refleksi: peserta dikehendaki menulis jurnal pendek tentang perubahan yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan kesihatan sebagai pemain.
  • Modul pemakanan dan ergonomik: panduan ringkas tentang postur duduk dan pemakanan untuk stamina berpanjangan.