Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI OPEN LIVE CLASS SEJARAH NADI DILEA
22 July 2025
| Tarikh | : 21 JULAI 2025 |
| Masa | : 03.30 petang hingga 04.30 petang |
| Lokasi | : NADI Kg Batu 19 Jeram |
| Peserta | : 1 orang |
TUJUAN PROGRAM:
- Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai topik penting dalam subjek Sejarah.
- Membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam topik “Kebangkitan Nasionalisme” (Tingkatan 4, Bab 2 – Bahagian 4).
- Meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sejarah melalui pendekatan pengajaran interaktif.
- Menyediakan platform bimbingan secara langsung bersama guru berpengalaman (Cikgu Raja).
- Membantu pelajar membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.
AKTIVITI PROGRAM:
- Pengenalan Topik – Penerangan ringkas tentang konsep kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara.
- Kupasan Isi Penting – Huraian bahagian 4 dalam bab 2 buku teks Sejarah Tingkatan 4.
- Sesi Interaktif – Soal jawab antara pelajar dan guru bagi mengukuhkan kefahaman.
- Perkongsian Teknik Menjawab Soalan – Tip menjawab soalan KBAT dan esei sejarah.
- Latihan Kendiri – Pelajar akan diberikan soalan latihan berkaitan topik untuk dibuat selepas kelas.