Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BENGKEL MAHIR TINY TECHIES HTML (SEKOLAH MENENGAH)
29 August 2025
| Tarikh | : 29 Ogos 2025 (Rakaman) |
| Masa | : 09.30 pagi hingga 11.30 pagi |
| Lokasi | : NADI Kg Batu 19 Jeram |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan Program
- Memberi pendedahan asas kepada pelajar sekolah menengah mengenai teknologi digital dan pengaturcaraan.
- Meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
- Melatih kemahiran menyelesaikan masalah melalui projek teknologi interaktif.
- Membina kreativiti dan inovasi pelajar melalui pembelajaran berasaskan projek (project-based learning).
- Menyokong usaha melahirkan generasi celik digital selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.
Aktiviti Program
- Pengenalan kepada perkakasan dan perisian asas (contoh: Arduino, sensor, micro:bit).
- Sesi hands-on coding menggunakan HTML dan blok pengaturcaraan.
- Aktiviti membina projek kecil melibatkan gabungan perkakasan (hardware) dan pengaturcaraan (software).
- Sesi soal jawab bersama fasilitator bagi mengukuhkan kefahaman.
- Perkongsian tentang peluang masa depan dalam bidang teknologi dan inovasi.