mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI E SPORT, SCAMMER DAN PERANGKAP DUNIA GAMING : LINDUNGI DIRI , LINDUNGI AKAUN.

Tarikh: 10 MEI 2025
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 6 orang

TUJUAN PROGRAM

  • Memberi pendedahan tentang taktik dan modus operandi scammer dalam talian.
  • Mendidik peserta mengenai bahaya dan perangkap dalam dunia gaming, terutamanya berkaitan penipuan dan ketagihan.
  • Memberi panduan dan tips untuk melindungi akaun peribadi daripada digodam atau dicuri.
  • Menggalakkan peserta mengamalkan etika digital dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
  • Membantu komuniti menjadi celik digital dan lebih peka terhadap risiko dalam talian.

AKTIVITI PROGRAM

  • Sesi Penerangan: Kenali Scammer dan Teknik Penipuan Terkini
    • Jenis-jenis penipuan dalam talian (e-mel palsu, phishing, pelaburan palsu, dll.)
    • Cara mengenalpasti dan melaporkan scammer
    • Apa itu penipuan dalam dunia gaming
    • Siapa yang menjadi sasaran
  • Perangkap Dunia Gaming: Realiti vs Ilusi
    • Bahaya microtransaction, akaun palsu dan penipuan dalam permainan
    • Ketagihan permainan & kesannya kepada kesihatan mental dan sosial
    • Etika semasa bermain dalam talian
  • Perkongsian Kisah Benar dan Testimoni Mangsa Scam / Gaming Trap
  • Edaran Risalah / Infografik
    • Tips keselamatan akaun dan penggunaan selamat platform digital
  • Sijil penghargaan untuk setiap peserta.