Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI NADI KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) WEBINAR ANCAMAN BERITA PALSU
22 July 2025
| Tarikh | : 21 JULAI 2025 |
| Masa | : 10.00 petang hingga 11.30 petang |
| Lokasi | : NADI Kg Batu 19 Jeram |
| Peserta | : 7 orang |
TUJUAN PROGRAM:
- Memberi kesedaran tentang ancaman berita palsu dalam masyarakat dan media digital.
- Membantu peserta mengenal pasti perbezaan antara berita benar dan palsu.
- Meningkatkan literasi digital dalam kalangan pengguna internet.
- Mengajar teknik semakan fakta dan sumber maklumat yang sahih.
- Mencegah penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan keselamatan, keharmonian dan reputasi.
AKTIVITI PROGRAM:
- Pengenalan Kepada Berita Palsu
– Penjelasan tentang definisi, bentuk dan tujuan penyebaran berita palsu.
- Kajian Kes (Case Study)
– Analisis kes sebenar berkaitan penyebaran berita palsu dan impaknya kepada masyarakat.
- Teknik Kenal Pasti Berita Palsu
– Panduan mengenal pasti ciri-ciri berita palsu serta kaedah pengesahan fakta.
- Sesi Interaktif: Kuiz & Pendapat Peserta
– Kuiz spontan serta perkongsian pendapat peserta terhadap berita yang dipaparkan.
- Langkah-langkah Bertanggungjawab Sebagai Pengguna Media
– Didikan tentang etika berkongsi maklumat dalam era digital.