mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NADI X CYBERSECURITY WEBINAR MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK

Tarikh: 20 Jun 2025
Masa: 03.30 petang hingga 05.00 petang
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

Tujuan Program:

  • Mendedahkan risiko siber yang tersembunyi dalam permainan dalam talian yang popular di kalangan kanak-kanak.
  • Memberi kesedaran kepada ibu bapa, penjaga, guru, dan kaunselor sekolah tentang potensi ancaman digital terhadap anak-anak.
  • Membimbing peserta dalam mengenalpasti dan mengambil langkah pencegahan awal terhadap jenayah siber yang menyasarkan kanak-kanak.
  • Memperkukuhkan peranan ibu bapa dan komuniti dalam melindungi keselamatan digital anak-anak.

Aktiviti Program:

  • Demo Eksklusif “Charlie-Charlie”
    Menunjukkan bagaimana permainan kelihatan mesra tetapi berpotensi menjadi umpan kepada penculik melalui pencurian data lokasi dan interaksi peranti.
  • Pendedahan “Game Jadi Umpan, Anak Jadi Sasaran”
    Kupasan tentang taktik sebenar yang digunakan dalam permainan viral untuk memancing maklumat dan perhatian kanak-kanak.
  • Slot “Ibu Bapa Wajib Tahu!”
    Sesi interaktif untuk mempelajari tanda-tanda ancaman digital, kesan kepada anak-anak, dan langkah perlindungan.
  • Sesi Soal Jawab Bersama Pakar
    Peluang bertanya secara langsung kepada panel profesional mengenai kebimbangan dan situasi sebenar berkaitan keselamatan siber anak.