LAPORAN AKTIVITI NADI X DILEA OPEN LIVE CLASS BAHASA INGGERIS
| Tarikh | : 13 Jun 2025 |
| Masa | : 03.30 petang hingga 04.30 petang |
| Lokasi | : NADI Kg Batu 19 Jeram |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan Program:
- Meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta.
- Memberi pendedahan kepada penggunaan Bahasa Inggeris secara interaktif melalui platform atas talian.
- Meningkatkan keyakinan peserta untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
- Menyediakan ruang pembelajaran santai dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Aktiviti Program:
- Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.
- Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat.
- Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan.