mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OPEN LIVE CLASS SEJARAH NADI DILEA

Tarikh: 21 JULAI 2025
Masa: 03.30 petang hingga 04.30 petang
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

TUJUAN PROGRAM:

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai topik penting dalam subjek Sejarah.
  • Membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam topik “Kebangkitan Nasionalisme” (Tingkatan 4, Bab 2 – Bahagian 4).
  • Meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sejarah melalui pendekatan pengajaran interaktif.
  • Menyediakan platform bimbingan secara langsung bersama guru berpengalaman (Cikgu Raja).
  • Membantu pelajar membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

AKTIVITI PROGRAM:

  • Pengenalan Topik – Penerangan ringkas tentang konsep kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara.
  • Kupasan Isi Penting – Huraian bahagian 4 dalam bab 2 buku teks Sejarah Tingkatan 4.
  • Sesi Interaktif – Soal jawab antara pelajar dan guru bagi mengukuhkan kefahaman.
  • Perkongsian Teknik Menjawab Soalan – Tip menjawab soalan KBAT dan esei sejarah.
  • Latihan Kendiri – Pelajar akan diberikan soalan latihan berkaitan topik untuk dibuat selepas kelas.