mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BENGKEL MAHIR TINY TECHIES HTML (SEKOLAH MENENGAH)

Tarikh: 29 Ogos 2025 (Rakaman)
Masa: 09.30 pagi hingga 11.30 pagi
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

Tujuan Program

  • Memberi pendedahan asas kepada pelajar sekolah menengah mengenai teknologi digital dan pengaturcaraan.
  • Meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
  • Melatih kemahiran menyelesaikan masalah melalui projek teknologi interaktif.
  • Membina kreativiti dan inovasi pelajar melalui pembelajaran berasaskan projek (project-based learning).
  • Menyokong usaha melahirkan generasi celik digital selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Aktiviti Program

  • Pengenalan kepada perkakasan dan perisian asas (contoh: Arduino, sensor, micro:bit).
  • Sesi hands-on coding menggunakan HTML dan blok pengaturcaraan.
  • Aktiviti membina projek kecil melibatkan gabungan perkakasan (hardware) dan pengaturcaraan (software).
  • Sesi soal jawab bersama fasilitator bagi mengukuhkan kefahaman.
  • Perkongsian tentang peluang masa depan dalam bidang teknologi dan inovasi.