mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BENGKEL UNBOXING KIT TINY TECHIES ROBOTIK SEKOLAH MENENGAH BULAN OGOS

Tarikh: 10 Ogos 2025
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

Tujuan Program

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai teknologi Internet of Things (IoT).
  • Meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal.
  • Membina asas kemahiran teknikal pelajar dalam pengendalian kit Tiny Techies.
  • Memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan generasi muda.
  • Mewujudkan peluang bimbingan melalui pendekatan Mahir, Mentor, Juara.

Aktiviti Program

  • Sesi pengenalan kepada projek IoT dan fungsi kit Tiny Techies.
  • Aktiviti unboxing dan penerangan komponen kit.
  • Demonstrasi penggunaan perisian blok untuk atur cara asas.Latihan asas sambungan sensor dan papan elektronik.
  • Perkongsian ringkas tentang projek mini IoT yang boleh dibina.
  • Sesi soal jawab dan bimbingan teknikal.