mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BENGKEL UNBOXING KIT TINY TECHIES ROBOTIK SEKOLAH RENDAH BULAN OGOS

Tarikh: 09 Ogos 2025
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

Tujuan Program

  • Memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang asas robotik.
  • Meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
  • Mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid.
  • Menyediakan platform pembelajaran berasaskan praktikal dan interaktif.
  • Menanam minat terhadap teknologi melalui pendekatan “Mahir, Mentor, Juara”.

Aktiviti Program

  • Sesi pengenalan kepada robotik dan fungsi kit Tiny Techies.
  • Aktiviti unboxing dan penerangan komponen asas dalam kit.
  • Latihan sambungan asas komponen elektronik seperti sensor dan motor.
  • Penerangan asas kawalan menggunakan perisian blok (block-based coding).
  • Aktiviti mudah bina robot mini.
  • Sesi soal jawab bersama fasilitator.