LAPORAN AKTIVITI PROGRAM HTML

Laporan Aktiviti | 3 May 2025
Tarikh: 27 April 2025
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 2 orang

TUJUAN PROGRAM

  • Memberi pendedahan awal kepada remaja tentang asas pembinaan laman web menggunakan HTML.
  • Meningkatkan kemahiran digital peserta seiring dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.
  • Mewujudkan minat dalam bidang pengaturcaraan dan teknologi sejak usia muda.
  • Mempupuk kemahiran berfikir secara logik dan kreatif dalam menyusun kandungan web.

AKTIVITI PROGRAM

  • Pengenalan kepada HTML dan fungsinya dalam pembinaan laman web.
  • Penerangan ringkas struktur asas HTML: <html>, <head>, <body>, tag-tag penting.
  • Demonstrasi “live coding”: mencipta laman web mudah menggunakan teks, imej dan pautan.
  • Latihan praktikal: peserta cuba membina halaman peribadi ringkas menggunakan platform CodePen atau Notepad.
  • Perkongsian contoh laman web ringkas dan idea kreatif.
  • Sesi soal jawab dan interaktif antara peserta dan fasilitator.