mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM MAHIR MASAK INTAKE 3 MODUL 4

Tarikh: 05 Februari 2025
Masa: 09.30 pagi hingga 11.30 pagi
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

Tujuan program

  • Meningkatkan Kemahiran Memasak : Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari tips dan teknik yang betul secara profesional dan praktikal.
  • Pemerkasaan Ekonomi:
    Mendorong peserta untuk menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan secara kecil-kecilan atau berskala besar.
  • Penggunaan Teknologi:
    Memupuk kebiasaan penggunaan teknologi seperti platform dalam talian untuk pembelajaran, pemasaran produk, dan komunikasi.
  • Memperluas Komuniti:
    Membina jaringan peserta dari pelbagai lokasi untuk berkongsi pengalaman dan idea tentang memasak dan keusahawanan makanan.

Aktiviti program

  • Peserta diberikan satu pc setiap seorang untuk secara online.
  • Aktiviti  bermula mengikut pilihan hari masa oleh peserta menggunakan paltform Google Meet.
  • Latihan Praktikal:
    Peserta akan memasak resipi yang diajar dalam masa yang ditetapkan dan berkongsi hasil kerja mereka melalui gambar atau video. Pelajar akan dapat belajar secara praktikal dia alam maya dengan bimbingan guru yang berpengalaman.
  • Perkongsian Resipi:
    Penyediaan modul yang lengkap dalam format digital untuk peserta simpan dan ulangkaji.
  • Sesi Interaktif:
    Ruang untuk peserta bertanya soalan kepada pengajar dan berbincang sesama peserta dalam talian.
  • Sijil Penyertaan:
    Peserta yang berjaya menyelesaikan program akan menerima sijil sebagai pengiktirafan.