LAPORAN AKTIVITI PROGRAM NADI SAFE MALICIOUS WEBSITE JANGAN SESEKALI KLIK
23 May 2025
Tarikh
: 23 MEI 2025
Masa
: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi
: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta
: 1 orang
Tujuan Program
Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Siber Memberi pendedahan kepada peserta mengenai bahaya melayari laman sesawang berbahaya dan taktik yang digunakan oleh penjenayah siber.
Mendidik Masyarakat Tentang Ancaman Siber Memberikan pemahaman tentang bagaimana laman web jahat boleh mencuri maklumat peribadi, menyebarkan perisian hasad (malware), dan memperdaya mangsa.
Membina Tindakan Pencegahan Menggalakkan amalan selamat dalam penggunaan internet termasuk mengenalpasti pautan mencurigakan, penggunaan perisian antivirus, dan pengurusan kata laluan yang selamat.
Aktiviti Program
Sesi Taklimat Kesedaran Siber
Penerangan tentang jenis-jenis laman sesawang berbahaya.
Contoh serangan yang biasa berlaku (phishing, malware, ransomware).
Simulasi Klik Berisiko
Latihan mengenalpasti laman web palsu vs laman sah.
Aktiviti interaktif: “Klik atau Tidak?”
Perkongsian Kes Sebenar
Cerita pengalaman mangsa laman sesawang berbahaya.
Diskusi bagaimana kejadian tersebut boleh dielakkan.