mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM NADI X CYBERSECURITY WEBINAR ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM

Tarikh: 24 Oktober 2025
Masa: 03.00 petang hingga 04.30 petang
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 2 orang

Tujuan Program:

  • Memberi pendedahan tentang ancaman siber yang berlaku di tempat awam.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan data peribadi dan maklumat digital.
  • Mengajar peserta cara mengesan serta mengelak daripada menjadi mangsa “card cloning” dan penggunaan “tracker gadget”.
  • Memupuk tanggungjawab digital dalam kalangan ahli NADI terhadap keselamatan siber.

Aktiviti Program:

  • Taklimat keselamatan siber oleh penceramah NADI Cybersecurity.
  • Live demo berkaitan “Card Cloning & Tracker Gadget” (Slot 2).
  • Sesi soal jawab bersama pakar keselamatan siber.
  • Perkongsian tip dan amalan terbaik untuk melindungi akaun serta data peribadi.