Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM TINY TECHIES MENTOR SESI 6
4 July 2025
| Tarikh | : 22 Jun 2025 |
| Masa | : 10.00 pagi |
| Lokasi | : NADI Kg Batu 19 Jeram |
| Peserta | : 2 orang |
TUJUAN PROGRAM
- Memberi inspirasi kepada pelajar sekolah menengah melalui bimbingan oleh pakar akademik dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
- Meningkatkan kesedaran pelajar tentang peluang dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik).
- Memberikan bimbingan asas dan semangat dalam membina kemahiran teknikal seperti HTML melalui pendekatan yang mudah difahami.
- Mewujudkan suasana pembelajaran mentor-mentee yang membina, interaktif dan menyeronokkan.
AKTIVITI PROGRAM
- Sesi pengenalan bersama mentor: latar belakang, kerjaya dan inspirasi.
- Perkongsian ilmu asas HTML secara langsung dengan pendekatan mudah.
- Demonstrasi pembinaan laman web ringkas (live coding).
- Bimbingan peserta secara langsung semasa latihan praktikal.
- Sesi soal jawab dan motivasi daripada mentor kepada peserta.
- Aktiviti refleksi: peserta berkongsi pengalaman atau hasil kerja secara ringkas.
- Penutup dan mesej akhir daripada mentor.