mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI TINY TECHIES MENTOR SESI 4

Tarikh: 18 Mei 2025
Masa: 10.00 pagi
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 2 orang

TUJUAN PROGRAM

  • Memberi inspirasi kepada pelajar sekolah menengah melalui bimbingan oleh pakar akademik dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
  • Meningkatkan kesedaran pelajar tentang peluang dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik).
  • Memberikan bimbingan asas dan semangat dalam membina kemahiran teknikal seperti HTML melalui pendekatan yang mudah difahami.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran mentor-mentee yang membina, interaktif dan menyeronokkan.

AKTIVITI PROGRAM

  • Sesi pengenalan bersama mentor: latar belakang, kerjaya dan inspirasi.
  • Perkongsian ilmu asas HTML secara langsung dengan pendekatan mudah.
  • Demonstrasi pembinaan laman web ringkas (live coding).
  • Bimbingan peserta secara langsung semasa latihan praktikal.
  • Sesi soal jawab dan motivasi daripada mentor kepada peserta.
  • Aktiviti refleksi: peserta berkongsi pengalaman atau hasil kerja secara ringkas.
  • Penutup dan mesej akhir daripada mentor.