Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI E SUKAN KELAS KESEDARAN SAINS SUKAN DALAM E SUKAN EPISOD 1
24 June 2025
| Tarikh | : 21 JUN 2025 |
| Masa | : 02.00 petang hingga 03.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kg Batu 19 Jeram |
| Peserta | : 6 orang |
Tujuan Program:
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan sains sukan dalam meningkatkan prestasi pemain e-sukan.
- Menyemai kesedaran terhadap penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan pemain e-sukan.
- Menjelaskan aplikasi asas fisiologi, psikologi dan pemakanan sukan dalam dunia e-sukan.
- Meningkatkan kefahaman tentang teknik latihan dan rehat yang sesuai untuk pemain e-sukan.
- Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti e-sukan.
Aktiviti Program:
- Sesi video pembelajaran interaktif mengenai asas sains sukan dalam e-sukan.
- Perkongsian pengalaman oleh pemain e-sukan profesional mengenai kepentingan kesihatan dan latihan.
- Aktiviti refleksi: peserta dikehendaki menulis jurnal pendek tentang perubahan yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan kesihatan sebagai pemain.
- Modul pemakanan dan ergonomik: panduan ringkas tentang postur duduk dan pemakanan untuk stamina berpanjangan.