LAPORAN PROGRAM JADI PELAJAR PINTAR DENGAN AI

Laporan Aktiviti | 15 July 2026
Tarikh: 15 Julai 2026
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Lokasi: NADI Kg Batu 19 Jeram
Peserta: 1 orang

Tujuan Program

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas Kecerdasan Buatan (AI) dan kegunaannya dalam pembelajaran.
  • Meningkatkan kefahaman peserta tentang potensi AI sebagai alat sokongan pembelajaran yang berkesan.
  • Membimbing peserta menggunakan aplikasi AI secara beretika dan bertanggungjawab.
  • Meningkatkan kemahiran peserta menghasilkan tugasan, nota dan bahan pembelajaran yang lebih berkualiti dengan bantuan AI.
  • Memupuk budaya pembelajaran kendiri melalui penggunaan teknologi AI secara kreatif dan produktif.
  • Melahirkan pelajar yang celik teknologi serta bersedia menghadapi perkembangan era digital.

Aktiviti Program

  • Pendaftaran dan kehadiran peserta secara atas talian.
  • Sesi pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan peranannya dalam dunia pendidikan.
  • Perkongsian mengenai konsep, fungsi dan potensi AI dalam pembelajaran.
  • Demonstrasi penggunaan aplikasi AI untuk membantu pembelajaran dan penyediaan tugasan.
  • Penerangan mengenai etika penggunaan AI serta amalan penggunaan yang bertanggungjawab.
  • Latihan menggunakan AI untuk menghasilkan respons yang berkualiti dan efektif.
  • Sesi perkongsian tip meningkatkan produktiviti belajar menggunakan AI.
  • Sesi soal jawab bersama penceramah.
  • Rumusan program dan penyampaian maklumat berkaitan sijil penyertaan.