mcmc
Aktiviti Semasa

PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK COHORT 3 2025

NADI X KIDVENTURE: PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 3)

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 3.

Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan dan mengalu-alukan penyertaan lebih ramai peserta.

Pengenalan:

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).

Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).