mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg. Batu 19 Jeram

 

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Batu 19 Jeram terletak di Balai JKKK Kampung Batu 19 Jeram Kuala Selangor 45800 Jeram Selangor. Di mana Pusat Internet 1Malaysia ditubuhkan untuk memberi kesenangan kepada penduduk kampung bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia. Selain itu juga dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia ini komuniti sekeliling dapat mengikuti kelas – kelas yang di adakan oleh Pusat internet 1Malaysia.

 

Pusat Internet 1Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.